Halaman Utama|Hubungi kami
Kerajaan Arab Saudi
Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah dan Nasihat
 
Halaman Utama ::

Definisi Zakat
Definisi Zakat, Hukum dan Kedudukannya ::
Syarat-syarat Wajib Mengeluarkan Zakat ::

Sumber Zakat ::
Pengagehan Zakat ::
Kamus Zakat ::
Pengauditan Zakat ::

Fatwa-fatwa Dari Persidangan dan Simposium Zakat ::
Soalan dan Jawapan ::

Bantuan
Apakah dia Zakat Mata Wang ::
Apakah dia Zakat Emas ::
Apakah dia Zakat Perak ::
Apakah dia Zakat Perhiasan ::
Apakah dia Zakat Hutang ::
Apakah dia Zakat Eksploitasi ::
Apakah dia Zakat Binatang Ternakan ::
Apakah dia Zakat Perniagaan ::
Apakah dia Zakat Tanaman dan Buah-buahan ::
Apakah dia Zakat Bahan Galian ::
Apakah dia Zakat Harta Rikaz ::

 

Zakat Tanaman dan Buah-buahan

1- Zakat wajib dikeluarkan terhadap semua jenis tumbuhan yang tumbuh di atas permukaan bumi, iaitu dari semua jenis tanaman dan bijian yang ditanam dengan tujuan ingin mengambil faedah dari hasil bumi dan meyuburkannya. Hukum ini adalah mengikut mazhab Imam Abu Hanifah dan fukaha-fukaha lain dan tidak diwajibkan zakat kepada tumbuh-tumbuhan yang tumbuh tanpa di tanam seperti kayu, rumput, buluh dan seumpamanya kecuali apabila tumbuhan tersebut diperniagakan, ia hendaklah dikeluarkan zakat dalam bentuk zakat perniagaan.

2- Pengeluaran zakat tanaman tidak terikat dengan haul kerana kiraannya adalah dalam bentuk musim dan hasil, contohnya musim menuai atau musim kutipan, sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud: Dan keluarkanlah haknya (iaitu zakat tanaman) ketika hari menuai. Oleh yang demikian sekiranya bumi menumbuhkan lebih dari satu kali (dituai dan ditanam beberapa kali) dalam satu tahun, maka tuannya wajib mengeluarkan zakat ke atas setiap kali ianya dituai tanpa menunggu haul kerana jika dikira haul maka terpaksa menunggu satu tahun, sedangkan buah-buahan atau tanaman bijian waktu masaknya hanya dua tiga bulan sahaja.

3- Tidak diwajibkan zakat kepada hasil yang diperolehi dari pohon-pohon kayu, umpamanya gam yang dihasil dari sejenis kayu, ianya tidak diwajibkan zakat kecuali apabila diperniagakan, jika gam itu diperniagakan, ianya dikira dari jenis barang yang diperniagakan dan diwajibkan zakat.

4- Masalah menyiram tanaman: Di antara siraman yang tidak menggunakan pembiayaan contohnya penyiraman dengan menggunakan air hujan dan siraman yang menggunakan pembiayaan contohnya menyewa enjin pengepam air, sekiranya proses penyiraman tanaman tersebut menggunakan kedua-dua cara contohnya 15 kali dengan menyewa pengepam air dan 5 kali disiram oleh air hujan, zakat hendaklah dikeluarkan mengikut hukum kebiasaan iaitu cara manakah yang banyak digunakan. Jika mengikut contoh di atas zakat yang wajib dikeluarkan ialah sebanyak 5 peratus dan jika sebaliknya maka zakatnya ialah sebanyak 10 peratus. Sekiranya penggunaan kedua-dua cara tersebut sama banyak, zakatnya ialah 7.5 peratus dan sekiranya ia tidak dapat dipastikan, zakatnya ialah 10 peratus.

5- Semua perbelanjaan yang dikeluarkan untuk proses tanaman hendaklah dipotong kecuali pembiayaan siraman tanaman. Contohnya perbelanjaan membeli benih, mencuci dan perbelanjaan menuai. Ini adalah berdasarkan pendapat mazhab Ibnu Abbas dan mazhab yang lain. Perbelanjaan tersebut disyaratkan tidak lebih dari satu pertiga hasil mahsul. Keputusan ini adalah yang disepakati di dalam Simposium Fekah Ekonomi Kali Ke Enam anjuran Syarikat Dallah Barakah Arab Saudi.

6- Apabila tanaman dan bijian yang dihasil dari tanah atau bumi yang disewa, zakat wajib dikeluarkan oleh tuan tanah yang disewa dan ia tidak wajib dikeluarkan oleh penyewa. Caranya ialah tuan tanah tersebut hendaklah menghimpunkan hasil bersih sewaan tanah tadi dengan wang tunainya yang telah sedia ada dan dibayar zakat sebanyak 2.5 peratus setelah mencukupi haulnya.

7- Apabila tanaman yang ditanam dikongsi bersama di antara tuan tanah dan pekerja kemudian hasilnya dibahagi sama banyak, hasil dari tanaman tadi wajib dikeluarkan zakat oleh kedua-dua belah pihak apabila cukup nisabnya.

8- Tanaman yang berbagai bentuk tetapi dari jenis yang sama boleh digabungkan di antara satu sama lain untuk dikeluarkan zakat. Contohnya padi, gandum dan jagung dikira dari satu jenis begitu juga dengan buah-buahan seperti limau, mempelam dan manggis adalah dikira dari satu jenis yang boleh dicampur di antara satu sama lain. Adapun jika tanaman tersebut dari jenis yang berbeza, ia tidak boleh dicampur contohnya buah-buahan dengan sayur-sayuran tidak boleh dicampurkan untuk dikira zakat dari satu jenis tanaman.

9- Pada asalnya zakat tanam-tanaman dikeluarkan dari jenis tanaman tersebut contohnya padi dikeluarkan zakat dengan menggunakan padi tetapi ada juga sesetengah ulama membolehkan zakat tanaman dikeluarkan dengan menggunakan harga tanaman tersebut.

 
Halaman Utama|Hubungi kami
Hak cipta terpelihara untuk Kementerian kecuali atas tujuan kajian dan dakwah
Kandungan laman web ini tidak semestinya menggambarkan pendirian Kementerian
Dibangunkan oleh Syarikat Teknologi Maklumat Harf